Thursday, September 30, 2010
MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2010 PERINGKAT NEGERI PAHANG
Pelancaran MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2010 PERINGKAT NEGERI PAHANG akan di adakan di Auditorium Sultan Haji Ahmad Shah (ADAM) Jalan Kemunting Kuantan pada 11 hb Okt 2010 (Isnin),jam 3 petang .Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang akan mengadakan persembahan pada hari tersebut dengan menyampai kan 2 buah lagu.Perasmian oleh YAB Menteri Besar Pahang.Sehubungan dgn itu,satu sessi latihan akan di adakan bertempat di Blok C pada 7 hb Okt (Khamis) jam 9 pagi.Jamuan Hari Raya untuk Ahli2 KKPANP akan di adakan di tempat dan waktu yang sama.Majlis Raptai bagi Persembahan tersebut akan di adakan di ADAM pada 10 Okt (Sabtu) jam 10 pagi.Semua ahli KKPANP di jemput menghadiri Persembahan,Raptai ,Sessi Latihan dan Jamuan Hari Raya.
Saturday, September 11, 2010
PENGAGIHAN KEK LAPIS KEPADA AHLI KKPANP.
Dengan ini di maklumkan pengagihan kek lapis sebagai cenderahati Hari raya telah di buat pada awal Sept 2010,sepertimana yang telah di beritahu semasa Program Hari Kebangsaan.Pihak Jawatankuasa Induk memohon maaf sekiranya ada ahli yang tidak menerima kek tersebut atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan.Jawatankuasa Induk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua ahli KKPANP.
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA
ASSALAMMUALAIKUM WBT.
Kami dari pihak pentadbiran dan pengurusan induk KKPANP mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua ahli KKPANP .Kepada yang ingin balik ke kampung,di nasihatkan berhati hati semasa di jalanraya dan semasa berhari raya.Mudah2an mendapat keberkatan dan di lindungi Allah SWT.
Sunday, August 29, 2010
JAMUAN BERBUKA PUASA KKPANP BAGI TAHUN 2010
Bersempena menyambut Ramadan tahun ini,Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang sekali lagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Annexe RestHouse pada 29 Ogos 2010.Seramai 130 orang jemputan hadir pada majlis tersebut yang terdiri dari ahli KKPANP berserta keluarga masing2 hadir bagi memeriahkan majlis.Pihak Jawatankuasa Induk mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada yang hadir dan kepada mereka yang terlibat menjayakan majlis tersebut.SALAM RAMADHAN AL MUBARAK.
Wednesday, August 25, 2010
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE 53 PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2010
Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 53 akan di adakan pada 31 OGOS di DEWAN TERTUTUP SUKPA, Bandar Indera Mahkota,Kuantan.Kumpulan KOIR PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG akan mengadakan persembahan pada hari tersebut.Sehubungan itu sessi latihan akan di adakan pada Hari Khamis , (26 ogos) jam 10 pagi dan sessi Raptai akan di adakan pada hari Sabtu dan Ahad,28 dan 29 Ogos 2010 jam 8 pagi bertempat di Dewan SUKPA.Semua ahli kumpulan Koir di kehendaki hadir pada sessi latihan dan raptai tersebut.
Friday, July 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)