Friday, July 30, 2010
Sunday, July 25, 2010
PROGRAM PERSEMBAHAN KKPANP
Wednesday, July 21, 2010
BIODATA PEREKACIPTA LOGO KKPA
MAKLUMAT DIRI
NAMA : MOHAMAD AMIRUL EKHWAN BIN NORDIN
UMUR : 24 TAHUN
STATUS : BUJANG
TARIKH LAHIR 12 FEBRUARY 1986
ADIK BERADIK : ANAK KE DUA DARI 5 ORANG ADIK BERADIK
TARAF : WARGANEGARA
ASAL : PAHANG DARUL MAKMUR
TEMPAT LAHIR : KG CHEROK PALOH,KUANTAN,PAHANG
ALAMAT TERKINI : NO 16, LORONG ALOR AKAR 65 , TAMAN ALOR AKAR, 25250 KUANTAN
ASAL KELUARGA: CAMERON
PENDIDIKAN :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GALING,KUANTAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR,KUANTAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK,ROMPIN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 1 KUANTAN
KOLEJ KOMUNITI INDERA MAHKOTA,KUANTAN
MINAT DAN KEMAHIRAN :
MINAT DALAM KERJA-KERJA REKAAN GRAFIK DAN REKAAN MAJALAH , BANNER , BUNTING.
MAKLUMAT PEKERJAAN:
TARIKH MULA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN : 17 JULAI 2007
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN DAN OPERASI GRED N17
TARAF JAWATAN : TETAP DAN TELAH DISAHKAN JAWATAN
PEJABAT ASAL : PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH MARAN.
TEMPAT BERTUGAS TERKINI: PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PAHANG
TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN : 3 TAHUN
UNIT : KORPORAT , KUALITI DAN AUDIT PENGURUSAN
SKOP KERJA :
PEMBANTU TADBIR KUALITI DAN PEREKA GRAFIK , BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGHASILKAN REKAAN GRAFIK , POSTER , BANNER, BUNTING , BULETIN TANAH PAHANG , BUKU LAPORAN TAHUNAN PTG PAHANG .
JURUGAMBAR UNTUK MAJLIS ,PROGRAM –PROGRAM , TUGAS KHAS DALAMAN DAN LUARAN PTG PAHANG. JUGA TERLIBAT DALAM PERLAKSANAAN SISTEM 5 S , KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI ) , DAN ISO 9001 : 2000 DAN ISO 9001 : 2008.
AHLI JAWATANKUASA BIRO PENERBITAN PETALIAN.
Sunday, July 11, 2010
PENGUMUMAN KEPADA AHLI KUMPULAN KOIR PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG.
AKTIVITI KEBAJIKAN AHLI
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmdZ3IdjF2arYBl-Y0BesMRINdfOnqk8HgBiGVzkgFq0Dg9asKxm6_hxfmHLuVKNdtb89bAsEaU1EYgScUQNTSH9MMSYgcs4CnZei8nnGawt24IqFsJkL0a2XbAIH6fVrNb-ZohMOaaJo/s320/bb+lina.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCO7l4IwId5SeiMHpEi9qnNyXiMr9CFjhvexlJCRItqosCXc9G9ZVpgfmS4mPKzTjnJ4rGnhBLAl_ZnUQdIZJE6XBdJOxEwkEtbNjRgW6L5_yNjubFwbV4L3Dswaf7V-Qaqs-a4JWiHSA/s320/Ina,atie,ibu,bari+n+ayh.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPfAR73c9_elmY2QbACQ5o4bbVVUZr-UGygrT1cQThJHy10bi0CeOHWnkkmcUDxoQ7ccdqbYUg6Axd2z_p59dXzDFTdvNU1nzqScxDmFceKvn1xc_ktylzPo_BaAgUAD155Pxxjut7jTs/s320/baby+roslina.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjitkqzjsvkMLkVt_y-sXQb19v7Wpd8qHTOGJeQ4ndZpNxEA9L86c7U3W2LCPEMl75XiZ3vOplQLZP-kF5uGu7Rjn7Jt4aZUWgW365INnRhnQ144Mja3Ig5c6LkdfN4w6W0_aMpfzPRPmU/s320/ANK+ZAIMAH...jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuBEygf_undX-7rHfz0BtWRO7vqx06l1B_JtFn2E6eNzdaKZ0TRhTEwsrqorKMw9fM8pmXLJD7n3s2XHQzgdxMj16LVJELoF4pTxI7cTWOP6nG4YKFE4ps9gvBu8UcnOuRvbv9tZl7aJQ/s320/ANK+ZAIMAH.jpg)
Sumbangan kebajikan bagi meraikan kelahiran baru di kalangan ahli dan sumbangan untuk keluarga ahli yang masuk wad sepanjang tahun.
AKTIVITI TAHUNAN KKPA 2010
PENGENALAN KKPANP
Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam merupakan salah satu kumpulan yang telah hampir 10 tahun di tubuhkan.
Kumpulan ini banyak terlibat dalam Program2 rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Antara program yang terlibat secara bulanan ialah Progran Perhimpunan Pagi Pekerja2 sektor Awam setiap bulan di Perkarangan Wisma Sri Pahang. Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam ini pernah mendapat bimbingan dari guru Vokal Puan Siti Hajar Osman dan terdiri dari Pelbagai jawatan di pelbagai sektor awam.
Seramai 54 anggota mengganggotai KKPA Negeri Pahang ini.Pernah memasuki pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan dan memenangi tempat ke dua di RTM Pahang.
Pelbagai program sedang di rancang untuk mempertingkatkan lagi mutu persembahan seperti mendapatkan lagi peluang mendalami kursus vokal dan membuat lawatan sambil belajar ,dan mempelajari teknik2 nyanyian dari Kumpulan Koir Peringkat Kebangsaan.
Strategi dan usaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi serta menjaga kebajikan ahli2 kumpulan ini di buat untuk memberikan perhatian kepada kebajikan ahli ,dengan harapan ianya dapat memberikan impak yang positif ke atas peningkatan prestasi kumpulan ini.
KKPA mendapat tajaan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Pahang dalam menjalankan semua aktiviti dan Program.
KUMPULAN SASARAN
Semua ahli Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang masih aktif dan kepada anggota Perkhidmatan Awam Yang berminat mengganggotai KKPA Negeri Pahang.
Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan, mengasah minat dan memberi kan penghargaan kepada ahli kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, supaya mereka lebih yakin dan bersedia.
Kejayaan pelaksanaan program ini juga dengan sendirinya dapat membantu peningkatkan lagi prestasi dan persembahan kumpulan ini agar terus berada dalam landasan kecemerlangan yang sebenar.
Matlamat aktiviti ini adalah untuk membantu mempertingkatkan hubungan silaturrahim sesama ahli dan seterusnya dapat mengekalkan peningkatan kecemerlangan prestasi persembahan Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.Di lampirkan antara foto2 aktiviti persembahan yang di sertai sepanjang tahun.
PENYAMPAIAN HADIAH HARIJADI
Pada 17 hb April, latihan Koir di adakan di Tingkat 3, Wisma Belia Indera Mahkota. Penyampaian Hadiah Hari Jadi bagi ahli2 KKNP telah di sampaikan oleh Pengerusi KKPA En Muslim Bin Umar selepas sessi latihan di adakan pada hari yang sama.KKPA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN..Sumbangan Hadiah Hari Jadi di laksanakan bermula November 2008 dan berakhir pada 2009.Adalah menjadi hasrat KKPANP untuk melaksanakan pemberiah hadiah ini setiap tahun,tetapi memandangkan sumber kewangan buat masa ini tidak mengizinkan,maka di tangguhkan untuk tahun2 yang akan datang.