Sunday, July 11, 2010

PENGENALAN KKPANP






Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam merupakan salah satu kumpulan yang telah hampir 10 tahun di tubuhkan.
Kumpulan ini banyak terlibat dalam Program2 rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Antara program yang terlibat secara bulanan ialah Progran Perhimpunan Pagi Pekerja2 sektor Awam setiap bulan di Perkarangan Wisma Sri Pahang. Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam ini pernah mendapat bimbingan dari guru Vokal Puan Siti Hajar Osman dan terdiri dari Pelbagai jawatan di pelbagai sektor awam.
Seramai 54 anggota mengganggotai KKPA Negeri Pahang ini.Pernah memasuki pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan dan memenangi tempat ke dua di RTM Pahang.
Pelbagai program sedang di rancang untuk mempertingkatkan lagi mutu persembahan seperti mendapatkan lagi peluang mendalami kursus vokal dan membuat lawatan sambil belajar ,dan mempelajari teknik2 nyanyian dari Kumpulan Koir Peringkat Kebangsaan.
Strategi dan usaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi serta menjaga kebajikan ahli2 kumpulan ini di buat untuk memberikan perhatian kepada kebajikan ahli ,dengan harapan ianya dapat memberikan impak yang positif ke atas peningkatan prestasi kumpulan ini.
KKPA mendapat tajaan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Pahang dalam menjalankan semua aktiviti dan Program.



KUMPULAN SASARAN


Semua ahli Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang masih aktif dan kepada anggota Perkhidmatan Awam Yang berminat mengganggotai KKPA Negeri Pahang.
Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan, mengasah minat dan memberi kan penghargaan kepada ahli kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, supaya mereka lebih yakin dan bersedia.
Kejayaan pelaksanaan program ini juga dengan sendirinya dapat membantu peningkatkan lagi prestasi dan persembahan kumpulan ini agar terus berada dalam landasan kecemerlangan yang sebenar.
Matlamat aktiviti ini adalah untuk membantu mempertingkatkan hubungan silaturrahim sesama ahli dan seterusnya dapat mengekalkan peningkatan kecemerlangan prestasi persembahan Kumpulan Koir Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.Di lampirkan antara foto2 aktiviti persembahan yang di sertai sepanjang tahun.

No comments:

Post a Comment